Monday, November 17, 2014

Tip Melancong: Ambil Pakej Pelancongan Vs Rancang Sendiri


 Pakej Pelancongan:

1. Bayar sekali sahaja, sudah termasuk semua makan minum, tempat tinggal dan caj masuk ke tempat pelancongan. Hanya perlu bawa duit untuk membeli-belah dan bayaran aktiviti ‘tambahan’.

Dengar sahaja cerita TL tentang Masjid Hijau di Bursa


2. Ada pilihan ‘full board’ yang menyediakan makanan 3 kali sehari, sarapan, tengah hari dan makan malam. ‘Half board’, mungkin 1 atau 2 kali makan sahaja, masa lain perlu cari makanan sendiri. Sekiranya ada pilihan ‘full boarding’, ambillah yang itu. Senang, 3 kali sehari makan sudah sah-sah ada. Kita tidak perlu risau mana mahu makan untuk sarapan, tengah hari dan malam. Hanya sediakan kudapan sahaja untuk masa di antara itu.  Bagi yang beragama Islam, ambil pakej ‘Muslim Tour’ dan kita boleh makan sepenuh hati tanpa was was.
Makan sahaja apa yang dihidang. Roti dan salad2 yang sudah 'dijirus' dengan air lemon. 


3. Semuanya sudah dirancang, A-Z. Ikut sahaja ke mana sahaja TL (tour leader) bawa kita, walaupun ada tempat dilawati tidak menepati citarasa kita. Senyum dan sabarrrr sahajalah... 

Tempat ambil sembahyang di salah satu masjid di Turki. Cantik kan? 


Rancang Sendiri:

1. Bayar banyak kali, untuk tempat tinggal, caj masuk tempat yang mahu dilawati.  Mana mahu tinggal, apa mahu makan, mana mahu pergi. Perlu sediakan wang tunai yang secukupnya. Tidak cukup duit? Ambil gambar di luar tempat popular itu sahaja. Ada juga pilihan untuk mengaktifkan ciri ‘ATM Plus’ di Maybank, supaya kita dapat keluarkan duit melalui ATM di luar negara. *Syaratnya mesti ada logo ‘PLUS’ untuk visa, ‘CIRRUS’ untuk mastercard . Memang best dapat keluarkan duit melalui ATM, tetapi mestilah ada duit dalam akaun itu kerana nilai matawang yang dikeluarkan adalah mengikut matawang negara kita berada.  Nilai setara dalam RM mesti mencukupi dalam akaun. Ada caj bank juga, bank luar negara dan bank kita di sini. Dua kali kena caj! Jadi sediakanlah wang tunai yang secukupnya.

2. Suka hati mahu makan berapa kali dan di mana mahu makan, sebab semuanya bayar sendiri kan. Cabarannya, mahu cari makanan halal di negara orang, tanpa sesat! Haha! Kalau sesat, kembunglah perut sekejap masuk angin. Nasib baik kalau ada bawak bekal dari Malaysia. Selamat! Macam-macam bekal kita boleh bawa seperti makanan segera (lauk pauk siap panas makan), megi dan periuk nasi. Ke mana sahaja pergi, orang Malaysia nak cari juga nasi.

4. Semuanya kita rancang sendiri. Yahoo! Mahu pergi mana, mahu duduk berapa lama di tempat itu. Perlu tahu juga bagaimana mahu pergi dan balik dari tempat tinggal kita ke tempat itu. Cabaran: proses berinteraksi ala ayam-itik dengan orang tempatan dan jaga keselamatan diri baik-baik di tempat asing. Apatah lagi sekiranya kita backpacking seorang diri. 

Tiket masuk ke World Heritage Site, Pamukkale, Cotton Castle, Turki






Thursday, November 13, 2014

Pasport Malaysia Antara Paling Berharga di Dunia!

Passport Malaysia adalah antara 10 pasport paling berharga di dunia! 

Jagalah pasport kita baik-baik apabila kita pergi melancong. 

Selamat melancong kawan-kawan! 

(http://irisharoundoz.com/blog/2014/11/11/top-10-powerful-passports-world-2014/)

10th Most powerful passport in the world:

  • Liechtenstein –  can travel to 159 countries without a visa
The World s Most Powerful Passports 2014 YouTube 1 300x182 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

9th Most powerful passport in the world:

  • Malaysia and Malta – Access to 163 countries without a visa
9 The World s Most Powerful Passports 2014 YouTube 1 300x196 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

8th Most powerful passport in the world:

  • Iceland – Access to 165 countries without a visa

The World s Most Powerful Passports 2014 8 YouTube 1 300x177 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014 7th Most powerful passport in the world:

  • South Korea – Can travel to 166 countries without a visa

The World s Most Powerful Passports 2014 6 YouTube 1 300x162 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014 6th Most powerful passport in the world:

  • Australia
  • Singapore
  • Greece
Passport holders can travel to 167 countries without a visa
The World s Most Powerful Passports6 proper 2014 YouTube 11 300x135 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

5th Most powerful passport in the world:

  • Switzerland
  • Austria
  • New Zealand
Access to 168 countries without a visa

The World s Most Powerful Passports 2014 5 YouTube 1 300x128 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014 4th Most powerful passport in the world:

  • Ireland
  • Canada
  • France
  • Japan
  • Norway
  • Portugal
  • Spain
Access to 170 countries without a visa
The World s Most Powerful Passports 4 2014 YouTube 1 300x134 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

The World s Most Powerful Passports 3 2014 YouTube 1 300x121 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

3rd Most powerful passport in the world:

  • Italy
  • Belgium
  • Netherlands
Can access 171 counties without a visa
The World s Most Powerful Passports3 2014 YouTube 1 300x127 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

2nd Most powerful passport in the world:

  • USA
  • Germany
  • Denmark
  • Luxembourg
Can visit 172 countries without a visa.
The World s Most Powerful Passports 2014 2 YouTube 1 300x122 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014

Number 1 Most powerful passport in the world: 

  • United Kingdom
  • Sweden
  • Finland
Can get access to to 173 countries without a visa.
The World s Most Powerful Passports11 2014 YouTube 1 300x133 Top 10 Most Powerful Passports In The World 2014


Tip Melancong: Air Minuman dalam Bagasi Tangan

*Di bawah ini kisah 2010. Terkini 2014, peraturan ini masih berkuat kuasa. Namun, ada tempat yang kurang ketat dan membenarkan air dibawa masuk, dengan syarat ia dalam kuantiti sedikit dan untuk kegunaan bayi.

Walaupun begitu, sekiranya tidak dibenarkan bawa masuk, buang sahajalah semua air dalam botol air atau thermos yang ada. Apabila sudah lepas pemeriksaan imigresen, boleh diisi kembali. Banyak check point imigresen? Tidak mengapa. Kita buang, isi, buang, isi, buang dan isi semula. :D

----
(Kisah 2010)

Baru-baru ini, kami sekeluarga melancong ke luar negara. Semasa di imigresen atau check point atau apa sahaja nama yang diberikan, semua air minuman (botol mineral, kotak atau tin) dirampas dan air dalam botol peribadi dibuang. Secara peribadi, saya terkejut dengan perkara ini. Maklumlah saya mengamalkan minum air masak dan sering membawa botol air ke mana sahaja. Apabila melepasi imigresen di peringkat kedua, tiba-tiba sahaja mereka merampas semua air mineral yang ada. Apabila air mineral itu ada di dalam botol peribadi, pegawai yang ada akan membuang semua air itu dan memberikan kembali botol kosong. Dalam bagasi tangan (hand luggage) yang sama, saya juga membawa thermos kecil berisi air panas dan botol berisi susu. Di Malaysia, apabila saya memberitahu pegawai itu dengan baik mengenai kegunaan thermos, botol susu dan botol air itu, dia memberikan perlepasan membawanya masuk. Alhamdullillah.

Namun, saya mengalami kesukaran dengan pegawai imigresen di HKC. Tanpa toleransi, dia mahu membuang semua air yang ada, TERMASUK air panas dalam thermos dan susu dalam botol susu. Ini nyata menguji kesabaran saya! Nanti, si kecik mengamuk mahukan susu, mahu beri apa? Ingat tunggu flight itu sekejap sahaja? Dia memberi alasan si kecik sudah 3 tahun, bukan bayi, dan tidak perlukan susu. Apakah? Tidak sekolahkah? Bayi perlu minum susu sehingga berumur 4 tahun! Sudahlah susu sekarang harganya mahal, disuruhnya buang begitu sahaja? Saya berkeras tidak mahu membenarkan dia membuang susu yang ada. Selepas bertekak dengan pegawai yang tidak reti bahasa itu (memang pun!), kami meminta berjumpa dengan ketuanya. Selepas berkomunikasi secara baik, si ketua membenarkan botol susu dan air panas sahaja dibawa masuk sebagai sebahagian daripada bagasi tangan. Habis semua air lain, dalam botol mineral, botol peribadi, dan air kotak dirampas atau dibuang mereka. Geramnya!

Ada air jus yang baru dibeli juga disuruhnya buang, kami terus menghabiskannya di situ sahaja. Mahu buang? Membazir!

Selepas diselidik, rupa-rupanya sudah ada peraturan baru mengenai barangan yang DILARANG dibawa bersama dalam bagasi tangan. Peraturan ini berkuatkuasa 21 Mei 2007. Kali terakhir saya ke luar negara adalah pada tahun 2006.

Saya tidak kisah sangat mengenai air mineral atau air dalam botol. Boleh dibeli lagi. Tetapi mengenai susu si kecil itu, memang tidak dapat diterima. Menurut kepada peraturan di KLIA, makanan bayi dan keperluan khas bayi dibenarkan masuk. Dan cecair yang dibenarkan masuk adalah 100ml. Botol mineral yang bersaiz kecil itu sepatutnya dibenarkan masuk! Apalah!

--------------------------------------------------------------------------------

Informasi berguna sebagai rujukan:

Apabila mahu melancong ke luar negara pastikan semua barangan ini tidak ada di dalam bagasi tangan (hand luggage) yang mahu dibawa masuk sendiri ke dalam kapal terbang.

Semua barangan ini adalah DILARANG ada dalam bagasi tangan.

Cecair, gel, aerosol seperti:
1. Air dalam botol mineral atau botol sendiri
2. Air kotak atau air tin
3. Sup, air gula, sirap atau sebarang minuman lain
4. Gel - termasuk gel rambut dan gel mandian
5. Ubat gigi
6. Lip gloss
7. Sebarang krim, minyak, minyak wangi, spray.
8. Campuran cecair/pepejal.
9. Buih pencukur, deodoran
10. Aerosol

dan apa jua barangan yang sewaktu dengannya.



(Sumber: http://www.klia.com.my/index.php?ch=80&pg=204&ac=3905)

Tip Melancong: Tarikh Mati Pasport - 6 Bulan



Mungkin ramai yang tidak tahu, tidak sedar, ataupun tidak ingat tarikh mati pasport antarabangsanya.

SITUASI 1:

Pernah berlaku insiden apabila syarikat tiba-tiba menghantar ke luar negara dan kamu terus mengemas dan berangkat. Apabila tiba di imigresen di lapangan terbang, baru terperasan yang tarikh luput adalah sebulan sahaja lagi!

Ini berlaku kepada seorang yang saya kenali apabila syarikat menghantarnya ke Singapura, negara jiran. Walaupun dekat, tetapi ia tetap lokasi antarabangsa, luar negara. Apabila tiba di check point di JB, mahu keluar dari Malaysia, dia baru menyedari yang pasport hanya mempunyai baki jangka hayat selama sebulan! Itu pun selepas diberitahu oleh pegawai imigresen yang bertugas. Namun, atas budi bicara pegawai itu, dia dibenarkan masuk kerana dia sudah ada return tiket ke Malaysia kerana hanya di Singapura selama 2 hari sahaja.

Apa agaknya yang berlaku di check point di bahagian Singapura pula?

Nasib malang, seperti yang dijangka dia ditahan lagi oleh pegawai imigresen Singapura. Puas dipujuknya bagi membenarkan masuk. Memang pegawai itu benar-benar mengikuti peraturan 6 bulan pasport itu. Akhirnya, selepas bernegosiasi dengan pegawai di sana, akhirnya dia dibenarkan masuk dengan amaran. Bukti tiket pergi balik juga adalah bukti yang membantu.

SITUASI 2:

Berlaku juga kepada individu yang saya kenali. Pasportnya masih hidup, dalam setahun lebih baru pasportnya mati. Dia dan keluarga kemudian merancang ke luar negara, mengambil kesempatan atas promosi tiket penerbangan yang murah yang perlu ditempah dan dibayar berbulan-bulan awalnya. Namun begitu, apabila mahu mendaftarkan biodata dan semua informasi yang diperlukan bagi mengesahkan pembelian tiket penerbangan itu, tiba-tiba keluar notis yang mengatakan, pada tempoh perjalanan ke luar negara itu, pasportnya hanya mempunyai had jangka hidup selama 4,5 bulan sahaja. Akibatnya, tiket itu tidak dapat ditempah dan dibeli. Seluruh keluarga terpaksa menunggunya memperbaharui pasportnya dahulu bagi meneruskan pembelian promosi itu. Jika dia memperbaharui pasportnya selepas tempoh promosi itu, maknanya tidak dapatlah dia membeli tiket dengan harga promosi. Sudah rugi!

Pasti ada banyak lagi insiden seperti ini berlaku. Mungkin ia juga pernah berlaku kepada kamu dan sesiapa yang kamu kenali.

Sama seperti insiden membawa kereta dengan lesen yang sudah mati. Alasan tidak tahu, tidak sedar atau tidak ingat, pasti tidak diterima oleh pegawai polis yang menahan kita ke tepi.

Kita perlu ambil tahu mengenai perincian ini. Terutama sekali apabila mahu merancang percutian keluarga. Walaupun kita merancang setahun awal, namun tarikh mati passport perlu 6 bulan SAH MASIH HIDUP pada ketika kita pergi bercuti, BUKAN pada masa kita menempah atau membeli tiket.

Perkara kecil ini besar impaknya!

Selamat bercuti! :D

Tip Melancong: Simpan pasport yang sudah 'mati'



Peringatan kepada semua teman dan juga diri sendiri. Walaupun dokumen perjalanan kita sudah luput tarikhnya, usah dibuang. Simpan dokumen itu, walaupun sudah luput tarikhnya.

Situasi 1:

Mengemas rumah yang sangat berselerak. Setiap dokumen dan helaian kertas di teliti satu per satu. Semua yang sudah luput akhirnya dimasukkan ke dalam plastik hitam, termasuklah pasport antarabangsa..

Situasi 2:

Mahu berpindah rumah. Tetapi tidak semua barang dapat dibawa. Jadi terpaksa membuang banyak barang yang tidak diperlukan lagi. Ini termasuk dokumen yang sudah tamat tarikhnya, termasuklah pasport antarabangsa.

Situasi 3:

Mahu mengosongkan almari yang penuh dengan pelbagai bahan koleksi. Semuanya dikeluarkan dan di teliti satu per satu. Semua yang sudah tidak valid lagi dibuang, termasuklah passport antarabangsa.
---
Pasti salah satu situasi itu pernah berlaku kepada kamu atau individu yang kamu kenali.

Bayangkan situasi ini pula:

Situasi A:

Ada promosi harga tiket kapal terbang. Kamu mengambil peluang ini mahu bercuti ke luar negara bersama keluarga. Kamu sudah berada di laman web bagi menempah tiket ke destinasi antarabangsa. Ada satu bahagian yang meminta perincian pasport kamu, seperti tarikh luputnya. Kamu tahu pasport sudah luput dan berazam ke imigresen pada keesokan harinya. Tiba di imigresen, pegawai di sana meminta pasport lama bagi membuat pasport yang baru. Pasport lama? Sudah buang!

Situasi B:

Kamu dihantar oleh syarikat ke luar negara. Kamu bertolak dalam seminggu. Kamu perlu menghantar semua butir peribadi termasuk maklumat dokumen perjalanan, pasport kamu. Kamu tahu pasport sudah luput dan berazam ke imigresen pada keesokan harinya. Tiba di imigresen, pegawai di sana meminta pasport lama bagi membuat pasport yang baru. Pasport lama? Sudah buang!

---

Apabila kamu tidak dapat memberikan pasport lama kepada pegawai imigresen, kamu tidak dapat membuat pasport yang baru. Kamu dikehendaki membuat laporan polis terlebih dahulu, bagi melaporkan pasport yang 'hilang' itu. Kemudian, kamu perlu menunggu selama sebulan, sebelum menghantar semula permohonan pasport baru.


Akibatnya

Situasi 1:

Promosi tiket mungkin sudah habis selepas sebulan. Sama ada kamu tidak dapat pergi bersama keluarga, ataupun kamu terpaksa membeli tiket lain selepas sebulan yang harganya jauh lebih mahal daripada harga promosi.

Situasi 2:

Kamu tidak dapat pergi ke luar negara atas urusan syarikat. Terpaksa mengambil peluang lain (jika ada lagi) selepas sebulan.

---

Menurut kepada pegawai imigresen itu, pasport perlu disimpan sekurang-kurangnya tiga tahun, walaupun ia sudah luput tarikhnya. Pada pendapat saya, simpan sahaja pasport yang sudah tamat tarikhnya itu, tidak kira berapa tahun pun, (tiga, lima atau sepuluh tahun) sehingga pasport baru dibuat. Simpan semua dokumen yang penting ini, walaupun sudah tamat tempoh dalam satu bekas yang senang dicari kemudian.

Biar menyimpan walaupun sudah mati, jangan menyusahkan di kemudian hari.

Selamat melancong! :D

Tip Melancong: Gambar Pasport


* Kemas kini November 2014:

Sekarang apabila mahu buat passport baru, sudah tidak perlu sediakan gambar passport lagi. Yahuuuu! Kenapa? Sebab sudah ada kamera disediakan di setiap kaunter di Jabatan Immigresen. Ambil gambar di situ sahaja dan terus dimasukkan ke dalam passport.

Dan juga tidak perlu risau warna tudung apa yang perlu dipakai, sebab gambar yang diambil adalah hitam putih! Klasikkk gitu... :D

Senang kan!



Pasport Antarabangsa adalah salah satu dokumen peribadi yang penting, selain daripada kad pengenalan, surat beranak dan buku bank kita.

Bagi mereka yang selalu ke luar negara sama ada atas urusan bisnes atau percutian, pasport adalah dokumen penting yang perlu dijaga rapi.

Mahu memohon pasport baru kerana akan ke luar negara buat pertama kali dalam sejarah kehidupan? Ataupun mahu membuat pasport baru kerana pasport lama sudah luput tarikhnya?

Dokumen yang perlu disediakan adalah:

1. Kad pengenalan (Dokumen asal dan salinan)
2. 2 Keping gambar pasport terbaru berukuran 3.5cm X 5 cm, berlatar belakang biru
3. Pasport lama (jika ada)
4. Bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun
- Kad pengenalan (Dokumen asal dan salinan)
- Sijil kelahiran / surat beranak (Dokumen asal dan salinan)
- Ibu atau bapa perlu hadir bersama kad pengenalan mereka (Dokumen asal dan salinan)


----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- ----- -----

Bercakap mengenai gambar pasport, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian:

1. Perkhidmatan Gambar Siap Segera
Bagi mereka yang tidak sempat mengambil gambar pasport, usah risau, ada perkhidmatan mengambil gambar siap segera yang disediakan di pejabat imigresen. Harganya mungkin lebih tinggi, berbanding harga mencuci gambar pasport di kedai gambar biasa.

2. Gambar terkini sekurang-kurangnya 2 bulan.
Bagi mereka yang sibuk dan tidak sempat mengambil gambar pasport baru, kamu boleh menggunakan gambar yang sudah ada. Atau cuci negatif (tetapi sekarang semuanya digital) gambar itu. Namun begitu, kamu perlu memastikan gambar itu sekurang-kurangnya berusia 2 bulan daripada tarikh permohonan pasport. Pihak imigresen begitu teliti mengenai gambar pasport ini.

3. Gambar sama dengan orangnya.
Antara logika di sebalik gambar terkini adalah bagi mereka yang sering bertukar-tukar fesyen rambut, dan juga warna rambut. Walaupun bagi kita, ia perkara biasa, tetapi apabila berada di negara asing, kita mungkin menempah bahaya. Mungkin kamu pernah dengar ungkapan ini, "Sukar untuk dibezakan! Semua orang korea nampak serupa sahaja!" Inilah ungkapan yang juga diperkatakan oleh pegawai imigresen di negara asing. "Semua orang Malaysia nampak sama sahaja!"

Jadi apabila gambar pasport kamu tidak sama dengan orangnya (kamulah itu), ia mungkin menganggu kelancaran kelulusan di imigresen. Ada satu insiden, gadis A tidak memakai cermin mata di dalam gambar pasport, tetapi apabila dia melancong, pegawai imigresen menghadapi masalah menyamakan si gadis dengan gambarnya. Akhirnya, si gadis terpaksa membuka cermin matanya di setiap kaunter pemeriksaan imigresen.

Bagaimana dengan isu fesyen rambut berbeza atau warna rambut pula? Adakah rambut itu dapat dibuka dan dipasang semula? Mungkin ada yang berpendapat, ini isu kecil. Ya, memang benar, namun kita melancong mahu menggembirakan hati, pasti kita tidak suka ditahan lama di kaunter imigresen. Jadi jangan beri mereka sebab musabab itu.

4. Gambar pasport baru tidak boleh sama dengan gambar pasport lama
Pihak imigresen sangat teliti mengenai hal ini. Kamu perlu mengambil gambar yang baru, berbeza dengan gambar di pasport lama. Walaupun ada yang berkata, "saya tidak berubah!", gambar baru perlu diambil. Banyak perkara yang boleh berlaku dalam tempoh 5 tahun. Ambil sahajalah gambar baru, lebih mudah memohon pasport yang baru. :D

Selamat Melancong! :D

(Post asal: 2010)

Tip Melancong - Urusan Pasport di Hujung Minggu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sesi persekolahan sudah bermula pada 21 jun 2010. Namun, pasti sudah ada yang merancang percutian pada cuti sekolah yang akan datang.

Bagi mereka yang merancang mahu ke luar negara, pastikan kamu memeriksa tarikh mati pasport kamu. Pasport perlu hidup sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa melancong itu.

Apabila memeriksa pasport yang lama tersimpan dalam laci, baru kamu tahu yang pasport kamu sudah hampir tamat! Tidak mengapa, masih ada masa memperbaharui pasport itu.

Tetapi, ada halangan lain pula.
1. Semua cuti tahunan dibekukan kerana sebab yang ditetapkan oleh syarikat.
2. Ataupun kamu tidak mahu membazirkan cuti tahunan hanya semata-mata mahu me'renew'kan pasport yang tinggal nyawa-nyawa ikan.
3. Atau kamu sudah tidak ada hari cuti tahunan lagi kerana semuanya sudah di'cop' bagi percutian itu. Apabila mahu terus meminta cuti, gaji pula dipotong!

Usah gusar, ada jalan penyelesaiannya!

Jawapannya, perlu renew pasport pada hari sabtu atau ahad! Tetapi ada cawangan imigresen yang di buka pada hujung minggu?

ADA!

Ya, benar. Ada cawangan imigresen yang dibuka pada hari Sabtu DAN Ahad.

Bagi Negeri Selangor, cawangan imigresen itu adalah cawangan Shah Alam yang terletak di Kompleks PKNS.

PejabatPejabat Imigresen Negeri Selangor
PengarahPengarah Imigresen Negeri Selangor
AlamatTingkat 2, Kompleks PKNS
40550 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon03-55190653
Faks03-55190414

(sumber: http://www.imi.gov.my/index.php/bm/bahagiancawangan-jim/pejabat-imigresen-negeri-pin-dan-cawangan/pejabat-imigresen-negeri-selangor)


Kalau ada yang bertanya, negeri lain bagaimana? Waktu urusan?

Ini jawapannya:

Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang Bagi Pejabat Imigresen di Melaka, Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuantan), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Damansara), Johor (Wisma Persekutuan), Pulau Pinang (Seberang Jaya), Sarawak(Kuching), Sabah (Kota Kinabalu)

(Sumber:http://www.imi.gov.my/index.php/bm/perkhimdmatan/waktu-urusan)

Namun begitu....

Cawangan ini tidak dibuka pada SETIAP SABTU dan AHAD.

Eh?

Menurut pegawai imigresen yang dihubungi, "Puan, apabila ada hari cuti umum pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad atau Isnin, hujung minggu itu pasti ditutup pejabat imigresen ini."

(Saya menghubungi mereka pada minggu terakhir Mei)

Jadi, apabila jumaat 28 Mei adalah cuti umum - Wesak - Hari sabtu dan ahad itu, automatik tutup pejabat imigresen.

Minggu seterusnya, Sabtu 5 Jun adalah cuti umum - Hari Keputraan Agong - Hari ahad itu, automatik tutup pejabat imigresen.

Pastikan kamu mengetahui tarikh cuti umum, supaya senang merancang apabila mahu memperbaharui pasport itu pada hujung minggu. Jika tidak, pasti kamu berhadapan dengan pintu yang bertutup rapi!

Selamat melancong! :D

(Post asal: Jun, 2010)

Tip Melancong: Lokasi bertema Sains - Petrosains


Apabila tiba hujung minggu atau waktu cuti sekolah, apakah lokasi pilihan bagi meluangkan masa bersama keluarga?

Ayuh, kita ke lokasi bertema sains yang ada di ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain yang terpilih.

Apakah lokasi tema sains yang menjadi pilihan?

---------------------------------------------------------------------------------

1. Petrosains, The Discovery Center

Petrosains terletak di Tingkat 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Apa ada di Petrosains?

o Kereta Lumba F1 Sauber Petronas ada dipamerkan di Lobi Petrosains
o Perjalanan masuk menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak
o Pameran pelbagai peralatan berteknologi tinggi, disulam dengan budaya Malaysia yang unik
o Eksplorasi pelbagai proses dan teknik mencari petroleum
o Dunia inventor dan seni interaktif bagi si cilik kreatif dan bijaksana
o Kembali 200 juta tahun ke zaman purba, penuh dengan dinasour, alam hijau semesta
o Selamat datang ke Dunia sukan Formula 1
o Dunia Nano Molekul yang penuh keseronokan!
o Mahu naik ke pelantar minyak? Ada di sini!
o Pengembaraan ke angkasa lepas yang penuh misteri
o Teater Ungku Umar, teater mini bagi menonton filem 3D
o Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang bertemakan sains
o Perjalanan keluar menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak

Pengunjung digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu. Hubungi +603 2331 8181. Sistem tiket masuk adalah berdasarkan interval 30 minit. Sebagai contoh, kamu menempah tiket jam 11pagi sehingga 11.30pagi. Kamu perlu masuk ke Petrosains dalam tempoh itu. Apabila jam 11.31pagi, tempahan itu dibuka kepada pengunjung lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM12.00
Belia (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Kanak-kanak (bawah 5 tahun) – percuma
Warga Senior (Lebih 55 Tahun) - RM6.00

(Kadar istimewa ditawarkan kepada rombongan sekolah dan pengunjung kumpulan besar)

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji):
9.30 pagi - 6.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 5 petang)
Selasa, Rabu, dan Khamis:
9.30 pagi - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Jumaat: 1.30 petang - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Isnin: TUTUP

Maklumat lanjut, layari http://www.petrosains.com.my

------------------------------------------------------------------------------

Sains itu Seronok! Sains itu Best!

Tip Melancong: Pegang Passport Sendiri!

Sekiranya melancong bersama kumpulan pelancong, ketua kumpulan akan mengumpul semua passport selepas selamat masuk ke dalam bas, atau dalam perjalanan ke destinasi pertama. Pastikan passport itu diambil kembali selepas urusan check-in di penginapan. Pegang passport sendiri sepanjang perjalanan percutian.


(Gambar: Google)


Tip Melancong: Mahu membeli belah sakan di negara orang?

Tip Melancong: Mahu membeli belah sakan di negara orang?

Kebanyakan negara mempunyai caj GST (Goods & Service Tax) dan GST ini dapat dituntut semula oleh para pelancong. Nilai GST yang dapat dituntut ada tertera di dalam resit pembelian.

PENTING! Pastikan anda mengisi borang tuntutan GST khas dari setiap kedai dengan chop khas mereka. Tidak perlu buat begini sekiranya anda bermurah hati mahu membayar cukai seperti rakyat negara itu.

*Ya! Sepuluh borang berbeza sekiranya anda membeli belah sakan di sepuluh kedai! 

(Gambar: Google)


Tip Melancong: Apa bukti kita pelancong?

Mahu mengisi borang GST selepas membeli belah sakan di negara orang?

Perlu ada bukti kita ini pelancong. Bawa passport ke mana sahaja! Tidak ada passport, tidak boleh isi borang. Tidak boleh tuntut GSY.

Ada bawa passport bersama? Bagus! Sekarang cari kaunter GST di pusat beli belah itu. Mereka akan membantu urusan mengisi borang dan sebagainya.

*Hanya pelancong yang melancong menaiki kapal terbang sahaja layak menuntut GST. 

(Gambar: Google)


Tip Melancong: Menuntut bayaran balik GST

Tip pelancongan: Semua syarat untuk menuntut GST sudah dipenuhi? Semua borang sudah diisi? Apakah langkah seterusnya?

GST ini hanya dapat dituntut di lapangan terbang antarabangsa. Ada kaunter GST di ruang lega utama bagi barangan yang mahu dimasukkan ke dalam kargo. Bawa semua borang dan barangan kerana mungkin pegawai di sana mahu lihat apa barangan hasil tangkapan beli-belah.

Bagi barangan yang mahu dibawa sebagai hand carry, ada kaunter GST di dalam ruang menunggu sebelum pelepasan.

*Sekiranya semua syarat dipenuhi, nilai tax itu akan dipulangkan kembali dalam bentuk tunai atau dimasukkan ke dalam kad kredit anda.

* GST turut dikenali sebagai VAT di beberapa negara.
 (Gambar: google)