Tuesday, December 9, 2014

Tip Kembara Keluarga: Tempat Makan Mesra Kanak-kanak?




Bagaimana kita mahu tahu sekiranya lokasi tempat makan yang dikunjungi itu mesra kanak-kanak? 

Tanya dua soalan ini:

1. Adakah mereka ada kerusi makan kanak-kanak?
2. Adakah mereka menyediakan menu khas kanak-kanak?

                                                      

Sekiranya jawapan soalan 1 adalah TIDAK, kemungkinan besar, jawapan soalan 2 juga TIDAK.

Apabila tiada kemudahan ini, menunjukkan lokasi itu tidak bersedia untuk menerima tetamu cilik kita.

Tidak mengapa, cari sahaja tempat lain!

*Teringat restoran di Turki yang menyediakan kemudahan kerusi kanak-kanak yang nampak gah. Namun, apabila si cilik makan bersepah-sepah sehingga ke lantai, si pelayan terus marah-marah ibu bapanya dan menyuruh mereka mengutip semua makanan itu.
Apakah!? Sekiranya cakap baik-baik, boleh juga diterima. Si kecik mana yang makan tidak berkecah? @--@

Gambar: Si kecil yang suka sangat terbalikkan kerusi makan.

                                     


Tip Kembara Keluarga - Rancang Awal!

Tidak kira kita mengembara bersama keluarga, sahabat taulan atau secara solo, perancangan awal adalah satu kemestian! 

http://www.themalaysiantimes.com.my/it-pays-to-plan-your-vacation-early/

Tip Kembara Keluarga: Hotel Mesra Pelanggan di KT


Sekiranya berjalan-jalan bersama keluarga ke Kuala Terengganu (KT), salah satu lokasi penginapan yang disarankan adalah Hotel Grand Puteri (Jawhar- Maidam). Kenapa?

1. Pada setiap hari, bacaan doa pemula hari dibacakan. Terkejut juga kerana apabila sedang menikmati sarapan, suasana yang bising terus sunyi sepi kerana semua menghayati doa dan sama-sama mengaminkan!

2. Lokasinya yang super strategik. Di tengah-tengah bandar KT. Berdekatan stesen bas KT, dan Masjid Abidin yang bersejarah. Jalan kaki sahaja!

3. Untuk kaki 'shopping', paling seronok, Pasar Payang pun dekat! Jalan kaki sahaja. Dari tingkap hotel (mesti di tingkat tinggi) juga sudah boleh nampak.

4. Kolam renang juga diasingkan kepada bahagian lelaki dan perempuan. Memang patuh syariah!

5. Ada banyak pilihan tempat makan berdekatan. Di waktu malam memang meriah dengan pelbagai pilihan! Jalan kaki sahaja!

6. Para pekerja yang super peramah, mengucapkan salam setiap kali bersua!

*Selepas digoogle, rupanya hotel ini dibawah pengurusan YWM!
https://www.ywm.gov.my/grand-puteri


Tip Kembara Keluarga: Rancang Isi Beg Bagasi Tangan

Apabila mengembara bersama keluarga, apatah lagi dua si kecil bijaksana, macam-macam perkara yang perlu difikirkan. Pening kepala! 

Disebabkan ada dua si cilik, jadi perlu ada dua beg bagasi tangan berasingan. Baiklah, si adik ada 2 bagasi bimbit...

Beg bagasi tangan si abang:

1. Minimum 2 persalinan, luar dan dalam
2. Shampoo dan Sabun cecair (dalam kuantiti kecil)
3. Losyen pelembab. Kulit yang cepat kering, akan membuatkan si abang menggaru sebab gatal.
4. Botol air kosong, cecair tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
5. Berus gigi dan ubat gigi. Pastikan dia gosok gigi sebelum/selepas makan, sebelum/selepas tidur.
6. Plastik kosong, disisip di tepi poket. Untuk baju kotor, sekiranya perlu bertukar persalinan.
7. Peralatan tulis dan kertas/buku nota
8. Tisu biasa dan tisu basah

Beg bagasi tangan si adik:

1. Lampin pakai buang, minimum 5kpg
2. Minimum 4 persalinan, kerana apabila 'bisnes' besar, mesti tukar baju sepasang. Dua pasang yang berlubang, dua pasang biasa.
3. Stokin 4 pasang juga. Selaras dengan persalinan
4. Beg 'toiletries' dengan macam2! Shampoo, sabun cecair, losyen pelembab, minyak sakit perut/kembong, balsam vick, krim antibiotik, drapolene, dll. (Ini barangan paling banyak dalam beg si kecik.
5. Beg tote extra & plastik kosong untuk baju kotor

Beg bagasi tangan  si adik 2:
1. Susu dalam bekas susu 4 ruang
2. Termos kecil.
3. Taperware makan + sudu
4. Bijirin dalam kotak kecil
5. Roti berkrim saiz kecil
6. Biskut dalam taperware
7. Kain lap
8. Tisu Basah.

Senarai ini yang minimum sahaja. Kadang-kadang macam-macam  disumbat masuk! :D Apa yang penting, pastikan tidak ada barangan terlarang dan berbahaya dalam beg bagasi tangan.

Ini belum termasuk bekalan ubat-ubatan, kerana semuanya dimasukkan dalam beg bagasi kargo.


                                             

*Beg bagasi tangan abang dibawa sendiri oleh empunya badan. Bagasi adik yang kecil itu, untuk perjalanan pendek. Bagi perjalanan jauh, bagasi lebih besar digunakan, yang warna hijau tu.