Sumber: Laman FB Poto Travel & Tours
Thursday, April 30, 2015
Tip Kembara Keluarga: Keselamatan Si Kecil. Prioriti Pertama.
Keselamatan Si Kecil. Prioriti Pertama.
Apabila pergi mengembara ke mana-mana terutamanya ke tempat yang sesak dan tumpuan ramai, si kecil ini akan ikut bersama.
Bagi menjamin keselamatan dirinya tatkala kita sedang ralit mencari arah atau sibuk membaca peta, papan tanda dan sebagainya, buatlah perkara ini. Pakaikan harnest baby. Itu tali yang diikat seperti beg kepada si kecik. Hujungnya akan diikat di tangan kita. Insya-Allah, apabila si kecil mula berjalan meninggalkan kita, kita akan cepat perasan kerana tangan kita akan ditarik.
Harnest baby ini sudah semakin banyak dijual di pasaran. Banyak desain yang menarik. Harganya kurang RM 50. Pelaburan kecil untuk keselamatan si kecil. Sesuai sangat dibawa ke mana-mana terutama ke tempat sesak dan ramai orang seperti pusat beli belah dan tempat tumpuan pelancong. Bawa sahaja harness ini ke mana-mana sahaja. Biasakan pakaikan pada si cilik.
*Gambar adalah contoh desain binatang yang saya pakaikan pada si cilik bijaksana Rayyan.
Tuesday, December 9, 2014
Tip Kembara Keluarga: Tempat Makan Mesra Kanak-kanak?
Tanya dua soalan ini:
1. Adakah mereka ada kerusi makan kanak-kanak?
2. Adakah mereka menyediakan menu khas kanak-kanak?

Sekiranya jawapan soalan 1 adalah TIDAK, kemungkinan besar, jawapan soalan 2 juga TIDAK.
Apabila tiada kemudahan ini, menunjukkan lokasi itu tidak bersedia untuk menerima tetamu cilik kita.
Tidak mengapa, cari sahaja tempat lain!
*Teringat restoran di Turki yang menyediakan kemudahan kerusi kanak-kanak yang nampak gah. Namun, apabila si cilik makan bersepah-sepah sehingga ke lantai, si pelayan terus marah-marah ibu bapanya dan menyuruh mereka mengutip semua makanan itu.
Apakah!? Sekiranya cakap baik-baik, boleh juga diterima. Si kecik mana yang makan tidak berkecah? @--@
Gambar: Si kecil yang suka sangat terbalikkan kerusi makan.
Tip Kembara Keluarga - Rancang Awal!
Tidak kira kita mengembara bersama keluarga, sahabat taulan atau secara solo, perancangan awal adalah satu kemestian!
http://www.themalaysiantimes.com.my/it-pays-to-plan-your-vacation-early/
http://www.themalaysiantimes.com.my/it-pays-to-plan-your-vacation-early/
Tip Kembara Keluarga: Hotel Mesra Pelanggan di KT
Sekiranya berjalan-jalan bersama keluarga ke Kuala Terengganu (KT), salah satu lokasi penginapan yang disarankan adalah Hotel Grand Puteri (Jawhar- Maidam). Kenapa?
1. Pada setiap hari, bacaan doa pemula hari dibacakan. Terkejut juga kerana apabila sedang menikmati sarapan, suasana yang bising terus sunyi sepi kerana semua menghayati doa dan sama-sama mengaminkan!
2. Lokasinya yang super strategik. Di tengah-tengah bandar KT. Berdekatan stesen bas KT, dan Masjid Abidin yang bersejarah. Jalan kaki sahaja!
3. Untuk kaki 'shopping', paling seronok, Pasar Payang pun dekat! Jalan kaki sahaja. Dari tingkap hotel (mesti di tingkat tinggi) juga sudah boleh nampak.
4. Kolam renang juga diasingkan kepada bahagian lelaki dan perempuan. Memang patuh syariah!
5. Ada banyak pilihan tempat makan berdekatan. Di waktu malam memang meriah dengan pelbagai pilihan! Jalan kaki sahaja!
6. Para pekerja yang super peramah, mengucapkan salam setiap kali bersua!
*Selepas digoogle, rupanya hotel ini dibawah pengurusan YWM!
https://www.ywm.gov.my/grand-puteri
Tip Kembara Keluarga: Rancang Isi Beg Bagasi Tangan
Apabila mengembara bersama keluarga, apatah lagi dua si kecil bijaksana, macam-macam perkara yang perlu difikirkan. Pening kepala!
Disebabkan ada dua si cilik, jadi perlu ada dua beg bagasi tangan berasingan. Baiklah, si adik ada 2 bagasi bimbit...
Beg bagasi tangan si abang:
1. Minimum 2 persalinan, luar dan dalam
2. Shampoo dan Sabun cecair (dalam kuantiti kecil)
3. Losyen pelembab. Kulit yang cepat kering, akan membuatkan si abang menggaru sebab gatal.
4. Botol air kosong, cecair tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat.
5. Berus gigi dan ubat gigi. Pastikan dia gosok gigi sebelum/selepas makan, sebelum/selepas tidur.
6. Plastik kosong, disisip di tepi poket. Untuk baju kotor, sekiranya perlu bertukar persalinan.
7. Peralatan tulis dan kertas/buku nota
8. Tisu biasa dan tisu basah
Beg bagasi tangan si adik:
1. Lampin pakai buang, minimum 5kpg
2. Minimum 4 persalinan, kerana apabila 'bisnes' besar, mesti tukar baju sepasang. Dua pasang yang berlubang, dua pasang biasa.
3. Stokin 4 pasang juga. Selaras dengan persalinan
4. Beg 'toiletries' dengan macam2! Shampoo, sabun cecair, losyen pelembab, minyak sakit perut/kembong, balsam vick, krim antibiotik, drapolene, dll. (Ini barangan paling banyak dalam beg si kecik.
5. Beg tote extra & plastik kosong untuk baju kotor
Beg bagasi tangan si adik 2:
1. Susu dalam bekas susu 4 ruang
2. Termos kecil.
3. Taperware makan + sudu
4. Bijirin dalam kotak kecil
5. Roti berkrim saiz kecil
6. Biskut dalam taperware
7. Kain lap
8. Tisu Basah.
Senarai ini yang minimum sahaja. Kadang-kadang macam-macam disumbat masuk! :D Apa yang penting, pastikan tidak ada barangan terlarang dan berbahaya dalam beg bagasi tangan.
Ini belum termasuk bekalan ubat-ubatan, kerana semuanya dimasukkan dalam beg bagasi kargo.
*Beg bagasi tangan abang dibawa sendiri oleh empunya badan. Bagasi adik yang kecil itu, untuk perjalanan pendek. Bagi perjalanan jauh, bagasi lebih besar digunakan, yang warna hijau tu.
Monday, November 17, 2014
Tip Melancong: Ambil Pakej Pelancongan Vs Rancang Sendiri
1. Bayar sekali sahaja, sudah termasuk semua makan minum, tempat tinggal dan caj masuk ke tempat pelancongan. Hanya perlu bawa duit untuk membeli-belah dan bayaran aktiviti ‘tambahan’.
| Dengar sahaja cerita TL tentang Masjid Hijau di Bursa |
2. Ada pilihan ‘full board’ yang menyediakan makanan 3 kali sehari, sarapan, tengah hari dan makan malam. ‘Half board’, mungkin 1 atau 2 kali makan sahaja, masa lain perlu cari makanan sendiri. Sekiranya ada pilihan ‘full boarding’, ambillah yang itu. Senang, 3 kali sehari makan sudah sah-sah ada. Kita tidak perlu risau mana mahu makan untuk sarapan, tengah hari dan malam. Hanya sediakan kudapan sahaja untuk masa di antara itu. Bagi yang beragama Islam, ambil pakej ‘Muslim Tour’ dan kita boleh makan sepenuh hati tanpa was was.
| Makan sahaja apa yang dihidang. Roti dan salad2 yang sudah 'dijirus' dengan air lemon. |
3. Semuanya sudah dirancang, A-Z. Ikut sahaja ke mana sahaja TL (tour leader) bawa kita, walaupun ada tempat dilawati tidak menepati citarasa kita. Senyum dan sabarrrr sahajalah...
| Tempat ambil sembahyang di salah satu masjid di Turki. Cantik kan? |
Rancang Sendiri:
1. Bayar banyak kali, untuk tempat tinggal, caj masuk tempat yang mahu dilawati. Mana mahu tinggal, apa mahu makan, mana mahu pergi. Perlu sediakan wang tunai yang secukupnya. Tidak cukup duit? Ambil gambar di luar tempat popular itu sahaja. Ada juga pilihan untuk mengaktifkan ciri ‘ATM Plus’ di Maybank, supaya kita dapat keluarkan duit melalui ATM di luar negara. *Syaratnya mesti ada logo ‘PLUS’ untuk visa, ‘CIRRUS’ untuk mastercard . Memang best dapat keluarkan duit melalui ATM, tetapi mestilah ada duit dalam akaun itu kerana nilai matawang yang dikeluarkan adalah mengikut matawang negara kita berada. Nilai setara dalam RM mesti mencukupi dalam akaun. Ada caj bank juga, bank luar negara dan bank kita di sini. Dua kali kena caj! Jadi sediakanlah wang tunai yang secukupnya.
2. Suka hati mahu makan berapa kali dan di mana mahu makan, sebab semuanya bayar sendiri kan. Cabarannya, mahu cari makanan halal di negara orang, tanpa sesat! Haha! Kalau sesat, kembunglah perut sekejap masuk angin. Nasib baik kalau ada bawak bekal dari Malaysia. Selamat! Macam-macam bekal kita boleh bawa seperti makanan segera (lauk pauk siap panas makan), megi dan periuk nasi. Ke mana sahaja pergi, orang Malaysia nak cari juga nasi.
4. Semuanya kita rancang sendiri. Yahoo! Mahu pergi mana, mahu duduk berapa lama di tempat itu. Perlu tahu juga bagaimana mahu pergi dan balik dari tempat tinggal kita ke tempat itu. Cabaran: proses berinteraksi ala ayam-itik dengan orang tempatan dan jaga keselamatan diri baik-baik di tempat asing. Apatah lagi sekiranya kita backpacking seorang diri.

| Tiket masuk ke World Heritage Site, Pamukkale, Cotton Castle, Turki |
Subscribe to:
Posts (Atom)