Pergi
mengembara atau melancong ke negara asing memang seronok.
Bukan setiap hari kita boleh naik kapal terbang! Apatah lagi dengan keluarga dan anak-anak sendiri.
Namun, banyak juga cakap-cakap yang tidak enak didengari sana sini.
Bukan setiap hari kita boleh naik kapal terbang! Apatah lagi dengan keluarga dan anak-anak sendiri.
Namun, banyak juga cakap-cakap yang tidak enak didengari sana sini.
“Lecehlah
bawak anak naik kapal terbang.”
“Bila
bawa anak berjalan, susah nak enjoy.”
“Anak
saya super aktif, tidak reti duduk diam.”
“Susahnya
nak cebuk apabila anak berak dalam kapal terbang!”
“Anak
saya suka menangis je. SIkit-sikit nangis. Sikit2 nangis. Bosanlah!”
Senarai itu boleh jadi lebih panjang.
Senarai itu boleh jadi lebih panjang.
Bagi
saya senang sahaja. Dah nama pun anak sendiri, bukannya anak orang lain. Sudah
semestinya kita lebih kenal perangainya. Apa yang dia suka dan apa yang dia
tidak suka. Apakah rutinnya, jadualnya dan semua yang berkaitan.
Dalam sharing kali ini, saya mahu fokuskan pada urusan ‘back to nature’, atau kembali ke ‘alam semula jadi’... bahasa lagi senang faham... urusan buang air kecil dan besar si manja kita. Tidak faham juga? Urusan berak dan kencing dia...bahasa direct terus!

Percaya atau
tidak, proses buangan anak kita ini ada jadual sebenarnya. Lagilah bayi -
makan, tidur, berak. Makan, tidur, kencing, berak. Bagi anak lebih besar 1-3 tahun
(sekiranya masih memakai lampin pakai buang), biasanya dia akan berak
sekurangnya sekali sehari. Sekiranya tidak, tunggu hari esok, sekali dalam dua
hari.
Anak 3 tahun ke atas? Sepatutnya sudah tidak pakai lampin. Muahahha! Namun, sekiranya masih pakai juga, cara cucinya lain sedikit kerana si manja sudah boleh duduk sendiri di atas tandas duduk.
Soalan: Bagaimana mahu cuci berak bayi di dalam kapal terbang?

Kebiasaannya
kapal terbang ada lavatory (tandas) di tiga lokasi. Bahagian depan (khusus
untuk penumpang kelas bisnes dan ditutup dengan langsir bercorak mewah. Bahagian
tengah, biasanya ada dua di sebelah kiri dan dua di sebelah kanan Bahagian
belakang pesawat, juga dua di sebelah kiri dan dua di sebelah kanan. Namun,
kedudukan lavatory ini mungkin berbeza mengikut model kapal terbang.
Cari tandas
yang ada simbol ini: simbol ibu menguruskan bayi. Biasanya lavatory ini
lebih besar ruangnya kerana ada bahagian dinding yang boleh diturunkan untuk
kemudahan menukar lampin anak.
Ingat, dalam
tandas kapal terbang tidak ada kemudahan pancutan air seperti tandas biasa di
rumah kita. Dalam kapal terbang MAS, ada disediakan cawan kecil di bahagian
atas sinki. Kita boleh gunakan itu untuk mencebok. Sekiranya naik pesawat syarikat lain, mungkin kita perlu bawa sendiri bekas untuk mencebok. Pilihan paling baik, botol mineral plastik.
Caranya:
*Masuk lavatory dahulu dan kunci pintu. Lampu akan terbuka secara automatik
1. Turunkan dinding yang akan digunakan untuk meletakkan anak kita.
*Masuk lavatory dahulu dan kunci pintu. Lampu akan terbuka secara automatik
1. Turunkan dinding yang akan digunakan untuk meletakkan anak kita.
2. Baringkan
bayi kita di atas tempat itu. Pastikan lampin, sepersalinan pakaian, sabun cuci
dan tisu lembab (wet tissue) sudah dibawa bersama ke tandas.
3. Buka
baju, seluar bayi dan letakkan di bawah kepalanya, jadi seperti bantal.
Sekiranya sudah telus dengan najis, janganlah buat begitu! Letak sahaja di tepi sinki. Senang mahu
basuh selepas selesai urusan menukar lampin bayi.
4. Siap-siap
keluarkan beberapa keeping wet tissue untuk mengelap bahagian kotor anak kita
itu.
5. Buka
lampin yang sudah penuh dengan hasil buangan. Ambil tisu pengelap tangan yang
ada dalam tandas itu dan alaskan di bawah buntut anak kita, dan di atas hasil
buangan dia. Ambil lagi lebih banyak tisu pengelap tangan sekiranya perlu.
6. Gunakan
tisu lembab untuk mengesat saki baki hasil buangan anak kita yang masih melekat
di buntutnya. Cuci sampai bersih.
7. Isi air
dari singki ke dalam cawan kertas yang disediakan. Siapkan sabun untuk cuci
buntut di sinki.
8. Cuci anak
kita sebersihnya. Sekiranya dia sudah berpeluh-peluh, boleh tuang air ke
badannya dan usap perlahan lahan.
*Sepanjang
masa ini, pastikan air itu hanya berada di dalam sinki sahaja dan bukan habis
basah lencun satu lavatory. Lantai perlu dipastikan sentiasa kering dan
bersih.
9. Segera
balutkan anak kita dengan tuala atau kain yang dibawa. Baringkan di atas
dinding yang diratakan.
10. Segera memakaikan lampin kepada bayi kita. Nanti ada ‘accident’ ... panjang pula cerita, perlu cuci semula.
11. Kemudian, barulah lap si manja dengan lebih rapi. Pakaikan pakaian dan sapukan losyen bagai seperti biasa.
12. Kemudian, basuh pakaian yang sudah terkena najis. Gunakan sabun basuh tangan yang ada dalam tandas. Cuci dan bersihkan bahagian najis itu sahaja. Usah dibasahkan kesemua pakaian. Nanti busuk pula pakaian, dibiarkan basah dalam plastik.
13. Sebelum kita keluar daripada lavatory itu, pastikan semua keadaan bersih sama seperti kita masuk tadi. Lampin dibuang di tempat sampah. Sekiranya lampin penuh dengan hasilan ‘super bacin’, boleh minta plastik daripada pramugara/pramugari untuk masukkan dulu lampin itu di dalam plastik, baru masukkan ke dalam tong sampah. Ini bagi mengelakkan bau semerbak terkepam dalam tandas. Pengsan! Terutama penerbangan kita berbelas-belas jam. Kesian kepada penumpang lain. Bahkan diri sendiri sekiranya kita sering ke tandas!

14. Lap
sinki yang basah dengan tisu yang ada. Lap lantai juga sekiranya banjir
dibuatnya (Walaupun tidak sengaja terbasah lantai).
Selamat Mengembara Dengan Si Manja!
No comments:
Post a Comment