Showing posts with label Tim BEST. Show all posts
Showing posts with label Tim BEST. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Tip Kembara Cuti Sekolah

(Post asal di FB Kembara Tim BEST pada 26 Julai 2016)

Salah seorang si kecil bijaksana saya sudah bersekolah rendah. Kami sudah tekad tidak mahu menjadikan tindakan ponteng sekolah sebagai kebiasaan sekiranya mahu pergi kembara keluarga. Padahal sudah tahu, sekiranya kembara pada musim cuti sekolah, satu Malaysia akan turut sama bercuti. Itu yang menyebabkan keadaan lalu lintas SESAK GILA SAIKO MELAMPAU. 

Nampak tak keseriusan 'trafik jam' itu? Stres bikin hati panas apabila mahu travel semasa cuti sekolah.

Sudahlah kita keluarkan belanja banyak, tiba-tiba terpaksa meredah kesesakan yang membuang masa. Dari masa memandu 2,3 jam, terus menjadi 6-8 jam. Naik tiga kali ganda!

Ini kalau keuntungan masuk duit, tidak mengapa juga 2,3 kali ganda. Ini stres naik, tekanan darah pun naik melampau.

*Tarik nafasss hembusss. Tarik nafas hembusss.

Memang sangat menguji kesabaran.

Namun, stres tak stres, kembara tetap mesti pergi. Jadi apa yang kita boleh buat?

Kembara punya pasal, kita perlu berusaha mengurangkan stres itu.

1. Kenal pasti tarikh khusus cuti sekolah.

Sejak bulan 1, minta takwim sekolah daripada cikgu sekolah. Ini bagi memudahkan perancangan program cuti sekolah sepanjang tahun. Kadang-kadang cuti sekolah itu mula pada hari Sabtu sehingga Ahad minggu satu lagi. Namun, ada pula program di sekolah pada hari Sabtu itu yang tidak boleh dipontengkan. Jadi, kita perlu merancang program kembara kita dengan sewajarnya supaya anak kita dapat turut serta pada hari sabtu itu.

Sejak awal tahun, kenal pasti bila masa cuti sekolah untuk sepanjang tahun 2016.

Cuti Penggal 1 : 12 Mac – 20 Mac 2016 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun: 28 Mei – 12 Jun 2016 (16 hari)
Cuti Penggal 2 : 10 Sept – 18 Sept 2016 (9 hari)
Cuti Akhir Tahun : 26 Nov 2016 – 1 Jan 2017 (37 hari)

2. Buat perancangan awal

Semasa catatan ini ditulis, 2 cuti sekolah sudah lepas. Jadi fokuskan sahaja kepada 2 cuti akan datang. Cuti sekolah seterusnya adalah pada bulan September. Kurang dua bulan sahaja lagi.

Jadi kita perlu buat perancangan sekarang. Paling kurang sebulan sebelum cuti sekolah.

Sekiranya minggu depan sudah mula cuti sekolah, baru sekarang terhegeh-hegeh nak buat perancangan, kemungkinan besar, kebanyakan lokasi percutian sudah penuh. Sekiranya ada pun, harganya super melampau mahal sebab tinggal itu sahaja pillihan yang ada.

Then...Nasib kau lah labu. Kalau nak pergi juga, bayar sahajalah harga mahal. Sekiranya tak, bercuti sekolah sahajalah di rumah.

Perkara yang sama dengan tiket penerbangan sekiranya mahu bercuti ke luar negara. Rancang awal, kemungkinan besar dapat harga murah sikit semasa ada sale.

3. Pilih destinasi yang sesuai dengan bajet

Mahu pergi kembara ke mana? Di dalam negara? Di luar negara?
Berapa lama? Mula sehingga habis cuti sekolah? Beberapa hari? Atau paling singkat, trip sehari sahaja?

Ukur poket sendiri atau lihat pada baki duit dalam bank. Cukup untuk pergi kembara apa?

Tidak perlu sibuk tengok orang lain pergi mana.
Tidak perlu jeles tengok gambar orang lain.

Kalau nak pergi tempat yang orang lain pergi, menabunglah dari awal deerr! Itu gunanya kita tahu bila cuti sekolah. Supaya kita ada cukup masa untuk kumpul duit. Nak pergi ‘dream holiday’ lah dikatakan.

Ada banyak cara untuk kumpul duit kembara.
Boleh simpan beberapa percent duit gaji setiap bulan.
Atau kumpul duit warna tertentu. Atau buat kerja sambilan.
Atau jimat perbelanjaan lain dan salur ke dalam tabung kembara.
Banyak cara!

Cara saya? Asingkan sedikit duit khusus untuk travel setiap kali dapat $$.

4. Rancangan perjalanan travel dengan betul

Apabila buat perancangan travel, cuba mengagak corak perjalanan semua penduduk Malaysia yang lain. Yalah kan, satu Malaysia cuti sekolah lah!

Sekiranya travel dalam Malaysia, elakkan perjalanan balik pada hari terakhir. Maksudnya sekiranya hari Ahad hari terakhir cuti sekolah, kita travel pulang pada hari Sabtu supaya elakkan jem saiko melampau pada hari Ahad.

Tapi kalau macam tu, rugilah satu hari! Nak cuti lama sikit!

Kalau macam tu, bertolaklah awal sedikit. Sekiranya mahu bercuti lebih lama, kita bertolak awal sedikit, sehari sebelum. Contoh, kita mahu cuti 4 hari 3 malam. Mahu pulang pada hari Sabtu, jadi kita tolak hari ke belakang. Daripada kita bertolak hari Khamis, kita bertolaklah pada hari Rabu. Pergi Rabu, balik hari Sabtu. Dapat bercuti 4 hari 3 malam seperti yang dirancangkan. Insya-Allah kurang masa yang membazir dalam trafik jem.

Bagi yang kerja, sudah boleh ambil cuti awal2 dari sekarang. Kan satu Malaysia nak cuti. Nanti semua orang di pejabat tu dah minta cuti, kita sahaja baru nak hantar borang, melopong pula bila cuti kena rejek. Nasiblahh...

5. Usah travel ikut cara orang lain

Rancang program travel kita ikut cara kita.
Takkan lah orang pi luar negara, kita pun nak pi luar negara
Takkan lah orang nak pi dalam negeri, kita pun nak pi sekali.

Kita boleh jadikan trip orang lain sebagai panduan. Tidak perlu ikut bulat-bulat.

Kita perlu tahu kemampuan sendiri.

Perlu tahu bajet kita.
Perlu tahu masa yang kita ada.
Perlu tahu tema kembara supaya boleh rancang iteneri yang sesuai.
Perlu tahu jumlah rombongan cik Tim yang nak ikut sekali.

Kanak-kanak, lain cara travel mereka.
Mak-mak, lain cara travel mereka.
Ayah-ayah, lain cara travel mereka.
Atok nenek, lain cara travel mereka.
Backpackers, lain cara travel mereka.
Geng tarik tolak beg troli, lain cara travel mereka.

Tema kembara pun, lain orang lain tujuannya.
Ada nak pi cari makanan asing yang pelik.
Ada nak pi tengok bangunan unik serata dunia.
Ada nak pi semua zoo yang ada.
Ada nak pi shop shop sahaja benda2 yang memang tiada di Malaysia.
Ada nak saja jalan kaki sahaja ke mana kaki membawa diri.
Dan macam-macam lagi lah sebab orang lain travel.

Lain orang lain.

Tidak perlu ikut cara travel orang lain.
Kita tahu diri kita sendiri. Rancang sendiri, baru puas hati.

Saya? Kembara dengan dua si cilik bijaksana itu lah.

-Tim-
Nak sambung rancang kembara cuti September






Thursday, November 13, 2014

Tip Melancong: Lokasi bertema Sains - Petrosains


Apabila tiba hujung minggu atau waktu cuti sekolah, apakah lokasi pilihan bagi meluangkan masa bersama keluarga?

Ayuh, kita ke lokasi bertema sains yang ada di ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain yang terpilih.

Apakah lokasi tema sains yang menjadi pilihan?

---------------------------------------------------------------------------------

1. Petrosains, The Discovery Center

Petrosains terletak di Tingkat 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Apa ada di Petrosains?

o Kereta Lumba F1 Sauber Petronas ada dipamerkan di Lobi Petrosains
o Perjalanan masuk menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak
o Pameran pelbagai peralatan berteknologi tinggi, disulam dengan budaya Malaysia yang unik
o Eksplorasi pelbagai proses dan teknik mencari petroleum
o Dunia inventor dan seni interaktif bagi si cilik kreatif dan bijaksana
o Kembali 200 juta tahun ke zaman purba, penuh dengan dinasour, alam hijau semesta
o Selamat datang ke Dunia sukan Formula 1
o Dunia Nano Molekul yang penuh keseronokan!
o Mahu naik ke pelantar minyak? Ada di sini!
o Pengembaraan ke angkasa lepas yang penuh misteri
o Teater Ungku Umar, teater mini bagi menonton filem 3D
o Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang bertemakan sains
o Perjalanan keluar menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak

Pengunjung digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu. Hubungi +603 2331 8181. Sistem tiket masuk adalah berdasarkan interval 30 minit. Sebagai contoh, kamu menempah tiket jam 11pagi sehingga 11.30pagi. Kamu perlu masuk ke Petrosains dalam tempoh itu. Apabila jam 11.31pagi, tempahan itu dibuka kepada pengunjung lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM12.00
Belia (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Kanak-kanak (bawah 5 tahun) – percuma
Warga Senior (Lebih 55 Tahun) - RM6.00

(Kadar istimewa ditawarkan kepada rombongan sekolah dan pengunjung kumpulan besar)

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji):
9.30 pagi - 6.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 5 petang)
Selasa, Rabu, dan Khamis:
9.30 pagi - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Jumaat: 1.30 petang - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Isnin: TUTUP

Maklumat lanjut, layari http://www.petrosains.com.my

------------------------------------------------------------------------------

Sains itu Seronok! Sains itu Best!