Thursday, November 13, 2014

Tip Melancong: Air Minuman dalam Bagasi Tangan

*Di bawah ini kisah 2010. Terkini 2014, peraturan ini masih berkuat kuasa. Namun, ada tempat yang kurang ketat dan membenarkan air dibawa masuk, dengan syarat ia dalam kuantiti sedikit dan untuk kegunaan bayi.

Walaupun begitu, sekiranya tidak dibenarkan bawa masuk, buang sahajalah semua air dalam botol air atau thermos yang ada. Apabila sudah lepas pemeriksaan imigresen, boleh diisi kembali. Banyak check point imigresen? Tidak mengapa. Kita buang, isi, buang, isi, buang dan isi semula. :D

----
(Kisah 2010)

Baru-baru ini, kami sekeluarga melancong ke luar negara. Semasa di imigresen atau check point atau apa sahaja nama yang diberikan, semua air minuman (botol mineral, kotak atau tin) dirampas dan air dalam botol peribadi dibuang. Secara peribadi, saya terkejut dengan perkara ini. Maklumlah saya mengamalkan minum air masak dan sering membawa botol air ke mana sahaja. Apabila melepasi imigresen di peringkat kedua, tiba-tiba sahaja mereka merampas semua air mineral yang ada. Apabila air mineral itu ada di dalam botol peribadi, pegawai yang ada akan membuang semua air itu dan memberikan kembali botol kosong. Dalam bagasi tangan (hand luggage) yang sama, saya juga membawa thermos kecil berisi air panas dan botol berisi susu. Di Malaysia, apabila saya memberitahu pegawai itu dengan baik mengenai kegunaan thermos, botol susu dan botol air itu, dia memberikan perlepasan membawanya masuk. Alhamdullillah.

Namun, saya mengalami kesukaran dengan pegawai imigresen di HKC. Tanpa toleransi, dia mahu membuang semua air yang ada, TERMASUK air panas dalam thermos dan susu dalam botol susu. Ini nyata menguji kesabaran saya! Nanti, si kecik mengamuk mahukan susu, mahu beri apa? Ingat tunggu flight itu sekejap sahaja? Dia memberi alasan si kecik sudah 3 tahun, bukan bayi, dan tidak perlukan susu. Apakah? Tidak sekolahkah? Bayi perlu minum susu sehingga berumur 4 tahun! Sudahlah susu sekarang harganya mahal, disuruhnya buang begitu sahaja? Saya berkeras tidak mahu membenarkan dia membuang susu yang ada. Selepas bertekak dengan pegawai yang tidak reti bahasa itu (memang pun!), kami meminta berjumpa dengan ketuanya. Selepas berkomunikasi secara baik, si ketua membenarkan botol susu dan air panas sahaja dibawa masuk sebagai sebahagian daripada bagasi tangan. Habis semua air lain, dalam botol mineral, botol peribadi, dan air kotak dirampas atau dibuang mereka. Geramnya!

Ada air jus yang baru dibeli juga disuruhnya buang, kami terus menghabiskannya di situ sahaja. Mahu buang? Membazir!

Selepas diselidik, rupa-rupanya sudah ada peraturan baru mengenai barangan yang DILARANG dibawa bersama dalam bagasi tangan. Peraturan ini berkuatkuasa 21 Mei 2007. Kali terakhir saya ke luar negara adalah pada tahun 2006.

Saya tidak kisah sangat mengenai air mineral atau air dalam botol. Boleh dibeli lagi. Tetapi mengenai susu si kecil itu, memang tidak dapat diterima. Menurut kepada peraturan di KLIA, makanan bayi dan keperluan khas bayi dibenarkan masuk. Dan cecair yang dibenarkan masuk adalah 100ml. Botol mineral yang bersaiz kecil itu sepatutnya dibenarkan masuk! Apalah!

--------------------------------------------------------------------------------

Informasi berguna sebagai rujukan:

Apabila mahu melancong ke luar negara pastikan semua barangan ini tidak ada di dalam bagasi tangan (hand luggage) yang mahu dibawa masuk sendiri ke dalam kapal terbang.

Semua barangan ini adalah DILARANG ada dalam bagasi tangan.

Cecair, gel, aerosol seperti:
1. Air dalam botol mineral atau botol sendiri
2. Air kotak atau air tin
3. Sup, air gula, sirap atau sebarang minuman lain
4. Gel - termasuk gel rambut dan gel mandian
5. Ubat gigi
6. Lip gloss
7. Sebarang krim, minyak, minyak wangi, spray.
8. Campuran cecair/pepejal.
9. Buih pencukur, deodoran
10. Aerosol

dan apa jua barangan yang sewaktu dengannya.



(Sumber: http://www.klia.com.my/index.php?ch=80&pg=204&ac=3905)

No comments:

Post a Comment