Thursday, November 13, 2014

Tip Melancong: Lokasi bertema Sains - Petrosains


Apabila tiba hujung minggu atau waktu cuti sekolah, apakah lokasi pilihan bagi meluangkan masa bersama keluarga?

Ayuh, kita ke lokasi bertema sains yang ada di ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain yang terpilih.

Apakah lokasi tema sains yang menjadi pilihan?

---------------------------------------------------------------------------------

1. Petrosains, The Discovery Center

Petrosains terletak di Tingkat 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Apa ada di Petrosains?

o Kereta Lumba F1 Sauber Petronas ada dipamerkan di Lobi Petrosains
o Perjalanan masuk menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak
o Pameran pelbagai peralatan berteknologi tinggi, disulam dengan budaya Malaysia yang unik
o Eksplorasi pelbagai proses dan teknik mencari petroleum
o Dunia inventor dan seni interaktif bagi si cilik kreatif dan bijaksana
o Kembali 200 juta tahun ke zaman purba, penuh dengan dinasour, alam hijau semesta
o Selamat datang ke Dunia sukan Formula 1
o Dunia Nano Molekul yang penuh keseronokan!
o Mahu naik ke pelantar minyak? Ada di sini!
o Pengembaraan ke angkasa lepas yang penuh misteri
o Teater Ungku Umar, teater mini bagi menonton filem 3D
o Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang bertemakan sains
o Perjalanan keluar menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak

Pengunjung digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu. Hubungi +603 2331 8181. Sistem tiket masuk adalah berdasarkan interval 30 minit. Sebagai contoh, kamu menempah tiket jam 11pagi sehingga 11.30pagi. Kamu perlu masuk ke Petrosains dalam tempoh itu. Apabila jam 11.31pagi, tempahan itu dibuka kepada pengunjung lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM12.00
Belia (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Kanak-kanak (bawah 5 tahun) – percuma
Warga Senior (Lebih 55 Tahun) - RM6.00

(Kadar istimewa ditawarkan kepada rombongan sekolah dan pengunjung kumpulan besar)

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji):
9.30 pagi - 6.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 5 petang)
Selasa, Rabu, dan Khamis:
9.30 pagi - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Jumaat: 1.30 petang - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Isnin: TUTUP

Maklumat lanjut, layari http://www.petrosains.com.my

------------------------------------------------------------------------------

Sains itu Seronok! Sains itu Best!

No comments:

Post a Comment