Thursday, November 13, 2014

Tip Melancong - Urusan Pasport di Hujung Minggu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sesi persekolahan sudah bermula pada 21 jun 2010. Namun, pasti sudah ada yang merancang percutian pada cuti sekolah yang akan datang.

Bagi mereka yang merancang mahu ke luar negara, pastikan kamu memeriksa tarikh mati pasport kamu. Pasport perlu hidup sekurang-kurangnya 6 bulan pada masa melancong itu.

Apabila memeriksa pasport yang lama tersimpan dalam laci, baru kamu tahu yang pasport kamu sudah hampir tamat! Tidak mengapa, masih ada masa memperbaharui pasport itu.

Tetapi, ada halangan lain pula.
1. Semua cuti tahunan dibekukan kerana sebab yang ditetapkan oleh syarikat.
2. Ataupun kamu tidak mahu membazirkan cuti tahunan hanya semata-mata mahu me'renew'kan pasport yang tinggal nyawa-nyawa ikan.
3. Atau kamu sudah tidak ada hari cuti tahunan lagi kerana semuanya sudah di'cop' bagi percutian itu. Apabila mahu terus meminta cuti, gaji pula dipotong!

Usah gusar, ada jalan penyelesaiannya!

Jawapannya, perlu renew pasport pada hari sabtu atau ahad! Tetapi ada cawangan imigresen yang di buka pada hujung minggu?

ADA!

Ya, benar. Ada cawangan imigresen yang dibuka pada hari Sabtu DAN Ahad.

Bagi Negeri Selangor, cawangan imigresen itu adalah cawangan Shah Alam yang terletak di Kompleks PKNS.

PejabatPejabat Imigresen Negeri Selangor
PengarahPengarah Imigresen Negeri Selangor
AlamatTingkat 2, Kompleks PKNS
40550 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon03-55190653
Faks03-55190414

(sumber: http://www.imi.gov.my/index.php/bm/bahagiancawangan-jim/pejabat-imigresen-negeri-pin-dan-cawangan/pejabat-imigresen-negeri-selangor)


Kalau ada yang bertanya, negeri lain bagaimana? Waktu urusan?

Ini jawapannya:

Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang Bagi Pejabat Imigresen di Melaka, Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuantan), Perak (Ipoh), Selangor (Shah Alam), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Damansara), Johor (Wisma Persekutuan), Pulau Pinang (Seberang Jaya), Sarawak(Kuching), Sabah (Kota Kinabalu)

(Sumber:http://www.imi.gov.my/index.php/bm/perkhimdmatan/waktu-urusan)

Namun begitu....

Cawangan ini tidak dibuka pada SETIAP SABTU dan AHAD.

Eh?

Menurut pegawai imigresen yang dihubungi, "Puan, apabila ada hari cuti umum pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad atau Isnin, hujung minggu itu pasti ditutup pejabat imigresen ini."

(Saya menghubungi mereka pada minggu terakhir Mei)

Jadi, apabila jumaat 28 Mei adalah cuti umum - Wesak - Hari sabtu dan ahad itu, automatik tutup pejabat imigresen.

Minggu seterusnya, Sabtu 5 Jun adalah cuti umum - Hari Keputraan Agong - Hari ahad itu, automatik tutup pejabat imigresen.

Pastikan kamu mengetahui tarikh cuti umum, supaya senang merancang apabila mahu memperbaharui pasport itu pada hujung minggu. Jika tidak, pasti kamu berhadapan dengan pintu yang bertutup rapi!

Selamat melancong! :D

(Post asal: Jun, 2010)

No comments:

Post a Comment